PEMIKIRAN SEYYED HOSSEIN NASR: KONSEP MANUSIA SEMPURNA DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI INSAN BERMORAL
Abstract
Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW merupakan contoh sebagai manusia sempurna atau dalam
bahasa Arab disebut dengan al-insan al-kamil. Konsep manusia sempurna banyak dibincangkan,
namun dalam konteks etika dan akhlak dalam masyarakat kontemporari belum tuntas dibahaskan
dalam kajian-kajian sedia ada. Justeru itu, objektif kajian ini adalah meneroka pembentukan peribadi
insan bermoral menerusi konsep manusia sempurna berdasarkan pandangan Seyyed Hossein Nasr.
Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan dan analisis kandungan
berdasarkan karyanya yang bertajuk Muhammad Man of God. Kajian ini mengumpulkan data melalui
dokumentasi yang berkaitan seperti pengumpulan maklumat dari buku, jurnal, tesis, kertas
persidangan dan laman sesawang. Dapatan kajian mendapati manusia sempurna menurut Nasr adalah
Nabi Muhammad SAW. Walau bagaimanapun, penjelasan dan huraian Nasr di dalam karyanya
menunjukkan beberapa ciri yang boleh diamalkan oleh umat terkini. Terdapat 19 perkara yang dapat
disimpulkan berdasarkan kandungan teks dalam karya tersebut iaitu memberi nama yang baik, sopansantun
dan berbudi bahasa, berpegang kepada janji, jujur, ikhlas dan adil, kecekalan hati perkahwinan
sebagai seruan Islam, peristiwa mi’raj sebagai perjalanan rohani, tempat persembunyian (qalb),
menjadi pemimpin setelah penyucian rohani, menyatukan masyarakat berasaskan prinsip Islam, tidak
meninggalkan hal keduniaan (jihad), pembentukan ummah, berpandangan jauh dan bersikap
diplomatik, pemaaf dan tegas, menghormati agama lain, menjaga hubungan, bersikap sama rata,
perasaan kasih sayang, mengambil berat dan bertanggungjawab, penekanan terhadap pendidikan dan
kepentingan adab. Kesimpulannya, manusia sempurna dalam pandangan Nasr adalah selari dengan
pembentukan peribadi insan bermoral selaras syariat dan akal. Pembentukan akhlak yang mulia
adalah bermula dengan penyucian hati dan rohani yang mampu menjamin kesihatan mental dan
jasmani.

Keywords
Seyyed Hossein Nasr, Manusia Sempurna, Insan Bermoral
Full Text:
PDFCopyright (c) 2022 Jurnal ILMI
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.