PERANAN ETIKA PEMASARAN TERHADAP ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK DAN PROMOSI)

Zurairah Jais, Salbiah Nur Shahrul Azmi, Siti Nur Asneda Mohd Nazim, Nor Izzuani Izhar

Abstract


Etika merupakan komponen penting dalam interaksi manusia, termasuk aktiviti pemasaran. Artikel ini
membahas tentang peranan etika pemasaran terhadap beberapa elemen campuran pemasaran yang
memfokuskan kepada produk dan promosi menerusi kaedah tinjauan literatur. Penelitian kualitatif
yang berpandu pada data perpustakaan dan kupasan berita ini mampu memberikan gambaran terkini
berkaitan salah laku dalam aktiviti pemasaran di Malaysia. Hasil kajian memperlihatkan kebanyakan
pelanggan amat menitik beratkan hal berkaitan bagaimana sesuatu produk itu berkesan kepada
mereka. Tuntasnya, hal ini akan mempengaruhi tindakan mengulangi pembelian sekali gus
mencadangkan kepada kenalan serta ahli keluarga untuk pembelian seterusnya. Keberhasilan tindakan
pemasar yang berlaku jujur dalam aktiviti promosi terutama di media sosial sangat memberi impak
kepada keberadaan mereka di pasaran untuk satu jangka masa yang panjang.

Keywords


Etika pemasaran, Produk, Promosi, Pemasar, Kesetiaan

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.