PENGARUH POSITIF DAN NEGATIF DALAM PERMAINAN GAMES DI INTERNET KEPADA PSIKOLOGI KANAK-KANAK
Abstract
Dunia tanpa sempadan kini tidak menghalang sebarang maklumat disampaikan kepada semua peringkat
usia. Hal ini termasuklah pengaruh permainan pelbagai jenis permainan games di internet. Kepesatan dunia
maya membolehkan permainan dimuat naik secara terus oleh semua individu. Permainan games dapat
memberikan kebaikan dari aspek pemerolehan bahasa Inggeris dan meningkatkan perbendaharaan kata
melalui permainan yang sesuai. Selain itu, permainan video boleh memberikan kesan negatif dari aspek
kesihatan seperti mengalami ketagihan, masalah penglihatan dan obesiti. Tidak terkecuali juga kesan
negatif dalam sosial dan komunikasi kanak-kanak apabila mengalami ketagihan permainan video. Kanak-kanak
cenderung mengalami masalah berinteraksi dengan individu lain secara nyata. Walau bagaimanapun,
permainan games di internet juga mempunyai unsur positif dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak
dan negatif terhadap perkembangan psikologi mereka. Oleh yang demikian, kajian ini meneliti
masalah dari aspek kesihatan mental kanak-kanak yang melibatkan psikologi akibat ketagihan video games
yang melampau. Malahan, kajian ini bertujuan mencadangkan beberapa langkah bagi mengawal ketagihan
dalam permainan games dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana, pemodenan teknologi tidak dapat
dielakkan pada zaman serba canggih ini. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat memberikan
panduan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak tentang pemilihan permainan games di internet yang
sesuai.

Keywords
Permainan games, Positif dan negatif, Psikologi kanak-kanak
Full Text:
PDFCopyright (c) 2022 Jurnal ILMI
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.