PENGARUH PRASARANA TERHADAP KEPUASAN PELAJAR KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH (KTYS)
Abstract
Kepuasan pelanggan merupakan satu aspek penting yang sering diberi perhatian oleh para pembekal produk terutama pihak swasta. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kepuasan pelajar terhadap prasarana di Kolej Teknikal Yayasan Sabah serta melihat perbezaan tahap kepuasan pelajar, hubungan dan pengaruh antara variabel tersebut. Kajian yang menggunakan borang soal selidik melibatkan responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan pelajar Kolej Teknikal Yayasan Sabah daripada program Kerjasama KTYS-KUIM dan KTYS-UTM iaitu seramai 181 orang responden. Antara aspek yang dinilai adalah bilik kuliah, perpustakaan, asrama dan kafeteria. Satu set soal selidik yang mengandungi 65 item telah diguna pakai dalam kajian ini. Kajian ini mendapati bahawa prasarana berada pada skor min yang sederhana iaitu M=3.53. Dapatan kajian Ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap prasarana mengikut program kerjasama KTYS-KUIM dan KTYS-UTM (p=0.341>0.05) dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap kepuasan (p=0.534>0.05) mengikut program. Hasil analisis korelasi Pearson pula didapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara prasarana (r = 0.555, p<0.001) dengan kepuasan pelajar. Manakala, prasarana mempunyai pengaruh atau kesan terhadap kepuasan pelajar di KTYS sebanyak 45.6% dengan nilai F yang signifikan pada 0.00. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan dan panduan kepada Institusi Pengajian Tinggi yang lain umumnya dan Kolej Teknikal Yayasan Sabah khususnya.
Keywords
Prasarana, Kepuasan, KTYS
Full Text:
PDFCopyright (c) 2022 Jurnal ILMI
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.