PENGETAHUAN GURU TERHADAP KAEDAH SERVICE-LEARNING DALAM MENERAPKAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID SEKOLAH
Abstract
Seiring dengan pemerkasaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat ‘hands-on
learning’ pada masa ini, kaedah service-learning dilihat sebagai satu platform baru ke arah usaha
meningkatkan mutu pengajaran yang lebih berinovasi serta efektif. Kertas kajian ini bertujuan untuk
meneroka tahap pengetahuan dan persepsi guru sekolah rendah mengenai kaedah pembelajaran
berasaskan perkhidmatan (service-learning) yang kian di dominasi di peringkat pengajian tinggi.
Pelaksanaan kaedah berasaskan service-learning diperingkat sekolah masih lagi dilihat ‘lompang’
rentetan beberapa kekangan dan masih dilihat baharu di negara ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini
dibangunkan dengan menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif menerusi kaedah tinjauan deskriptif
untuk memperolehi dapatan kajian. Sampel kajian yang dipilih adalah secara persampelan rawak mudah
ke atas 200 orang guru sekolah rendah di negeri Sabah. Dengan menggunakan Google Form sebagai
instrumen soal selidik, data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 2.0 untuk
memperolehi kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dalam menentukan pengetahuan dan
persepsi guru sekolah terhadap pembelajaran berasaskan service-learning di samping meninjau tahap
pedagogi guru dalam menerapkan kemahiran insaniah pelajar. Hasil kajian ini mendapati bahawa
pengetahuan mengenai pendekatan service-learning di kalangan guru sekolah berada pada tahap yang
rendah. Maka dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu dapat dicapai, ianya
menuntut para pendidik untuk merangka strategi dan kaedah yang baharu sebagai satu transformasi
dalam dunia pendidikan. Di akhir penulisan ini, saranan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
service-learning diutarakan.

Keywords
kaedah pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran berasaskan perkhidmatan, pembelajaran secara langsung, kemahiran insaniah, pelajar sekolah
Full Text:
PDFCopyright (c) 2022 Jurnal ILMI
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.