KECENDERUNGAN PEMILIHAN KERJAYA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH BANDAR DAN LUAR BANDAR DI KELANTAN

Noor Athirah Sukri, Suppiah Nachiappan

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya, cara-cara mengatasi masalah pemilihan kerjaya dan peranan pihak sekolah untuk membantu pemilihan kerjaya bagi pelajar Tingkatan Empat Aliran Sains bagi kawasan bandar dan luar bandar di Negeri Kelantan. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan soal selidik soalan jenis terbuka kepada 15 orang pelajar di kawasan bandar dan 15 orang pelajar di kawasan luar bandar. Kaedah temu bual bersama seorang guru kaunselor dari sekolah menengah bandar dan luar bandar turut digunakan. Data yang diperoleh dalam kajian ini, kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah Hermeneutik untuk mendalami pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian mendapati faktor minat merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya berbanding faktor peluang pekerjaan, dorongan keluarga, ganjaran dan lain-lain. Kajian yang diperoleh juga menunjukkan bahawa pelajar berusaha untuk menjadi pelajar yang tekun, merujuk kaunselor, melayari internet, percaya diri sebagai cara mereka mengatasi masalah pemilihan kerjaya. Hasil temu bual bersama guru kaunselor pula mendapati bahawa pelbagai inisiatif program atau aktiviti telah dilakukan oleh pihak sekolah sebagai bimbingan dan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah tentang bidang kerjaya. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa pemilihan kerjaya adalah suatu proses yang kompleks dan pelajar perlu membuat keputusan dan persediaan sebelum memasuki dunia pekerjaan yang sebenar. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah dalam pemilihan kerjaya dengan mengetahui kelebihan dan cabaran bekerja dalam sesuatu bidang kerjaya tertentu.

Keywords


Kata kunci: Pemilihan Kerjaya, Sekolah Menengah, Aliran Sains, Hermeneutik

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.