PANDANGAN DAN CABARAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19

Muhammad Izzat Mailis

Abstract


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui pandangan dan cabaran guru terhadap pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Pandemik Covid-19. Ia melibatkan guru-guru Sekolah Kebangsaan di daerah Alor Gajah, Melaka yang mewakili sampel kajian seramai 306 orang yang dipilih secara pensampelan rawak mudah. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kuantitatif jenis tinjauan deskriptif untuk mendapatkan min. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang diadaptasi daripada kajian lepas untuk mendapatkan dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa pandangan guru tentang pelaksanaan PdPR berada pada interpretasi yang sederhana dengan perolehan skor min sebanyak 3.29. Manakala cabaran yang dilalui oleh guru dalam melaksanakan PdPR memperolehi nilai skor min sebanyak 3.69 yang menunjukkan interpretasi yang tinggi. Secara kesimpulannya, dapatan kajian yang telah diperolehi menunjukkan impak yang tinggi untuk diberikan perhatian oleh pihak yang terlibat supaya memandang permasalahan ini dengan serius. Usaha yang berterusan ke arah menjadikan pelaksanaan PdPR sebagai satu platform terbaik mesti dipertingkatkan dari semasa ke semasa walaupun ia sebagai medium sementara yang digunakan. Pandangan yang diberikan oleh guru perlu diambil kira oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak pentadbir sekolah supaya tidak ada masalah yang kritikal yang akan mereka hadapi pada masa akan datang.

Keywords


Kata kunci: Pandangan, cabaran, guru, pelaksanaan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.