Tahap Kesedaran Keselamatan Terhadap Hazard Tenorm (Technologically Enhanced Naturally Occurring Radioactive Material) Di Kalangan Pekerja Di Salah Sebuah Syarikat Minyak Dan Gas Di Terengganu

Mohd Khairul Md Isa, Nadzirah Md Yusop

Abstract


Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) adalah syarikat minyak dan gas terkemuka negara yang memiliki banyak fasiliti minyak dan gas bagi tujuan eksplorasi, penghasilan dan pemprosesan minyak dan gas mentah di negara dan luar negara. Kebelakangan ini tahap kontaminasi TENORM semakin meningkat di beberapa fasiliti minyak dan gas di PCSB. Satu kajian dilakukan di syarikat ini untuk mengukur tahap kesedaran keselamatan terhadap hazard TENORM di kalangan pekerja fasiliti minyak dan gas mereka. Begitu juga dengan latihan kesedaran yang diberikan, kajian ini juga dijalankan dengan tujuan mengenal pasti tahap kesedaran keselamatan terhadap hazard TENORM berdasarkan latihan yang telah diberikan kepada pekerja. Perbandingan tahap kesedaran dan pengetahuan keselamatan hazard TENORM mengikut kumpulan latar belakang demografi kakitangan dinilai melalui hasil kajian ini. Soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada 104 pekerja minyak dan gas di fasiliti minyak dan gas PCSB. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran keselamatan terhadap hazard TENORM dalam kalangan pekerja minyak dan gas di PCSB adalah masih dalam tahap sederhana. Kesedaran keselamatan terhadap hazard TENORM dalam pekerja industri minyak dan gas PCSB boleh ditingkatkan lagi dengan latihan yang beterusan. Namun latihan kesedaran ini hendaklah dipantau dan diberikan secara menyeluruh samada kepada kakitangan PCSB sendiri ataupun dari syarikat kontraktor PCSB.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.