INFO FAKULTI

Penubuhan Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa

 

 

Fakulti Undang-Undang, Governan Dan Hubungan Antarabangsa (FUG) telah ditubuhkan secara rasminya pada 01.06.2016 dan menawarkan program diploma syariah (dahulunya dikenali sebagai diploma undang-undang dan syariah). Sebelum wujudnya FUG, program diploma perundangan syariah ini telah ditawarkan kepada umum oleh Fakulti Akademi Pengajian Islam (API) sejak tahun 2004.


Penubuhan FUG adalah bertepatan dengan hasrat KUIM untuk menawarkan pelbagai bidang pengajian yang relevan dan bersesuaian dengan keperluan semasa. Adalah menjadi harapan agar fakulti ini akan terus berkembang maju dalam usaha menyediakan program-program akademik yang berkualiti dan relevan dengan keperluan negara di samping memenuhi aspirasi KUIM untuk melahirkan pelajar yang kompeten, berkeperibadian unggul, berintegriti dan profesional.

Ikuti Kami

      

Hubungi Kami

 Fakulti Undang-Undang, Governan 
    Dan Hubungan Antarabangsa
Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/fug
Email Rasmi : fug@unimel.edu.my
+606-3879275
+606-3878411