OBJEKTIF
- Melahirkan generasi Muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran Islam berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.
- Melaksanakan dan mentarbiyyah pelbagai bidang ilmu berteraskan Islam.
- Melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang pengajian Islam, Sains, Teknologi, Sains Sosial dan Ilmu-ilmu terkini.
- Membina generasi yang memiliki daya ketahanan diri dalam menangani cabaran semasa dan peka dengan realiti zaman mendatang.
- Mewujudkan golongan ilmuan berwibawa yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat Allah.
- Menekankan pengajian yang berteraskan psikologi.
- Menyokong dan membantu negara melaksanakan dan merealisasikan Dasar Pendidikan Negara.
FALSAFAH
Pengajian yang menggabungkan unsur-unsur keimanan, akademik dan vokasional
(duniawi dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif.
MISI
Melaksanakan usaha pendidikan dan pengembangan jalinan ilmu duniawi dan
ukhrawi, latihan dan kemahiran berteknologi serta penyelidikan dan pembangunan
sumber manusia berwadahkan islam.
VISI
Menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang unggul dan cemerlang di dalam
pengajian yang berteraskan islam.
MOTTO
Merekayasa Pembangunan Insan.